Apakah
yang kita faham degan perkataan versaliti? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan "versatailiti" ditakrifkan sebagai
berkeupayaan atau dapat disesuaikan untuk pelbagai kegunaan (tujuan, fungsi,
dll). Ia turut dikenali sebagai serba boleh. Malah, versaliti juga sering
disamaertikan dengan fleksibel.
Dalam
konteks usahawan, ciri versataliti memberi maksud seorang individu yang serba-boleh mengembangkan usahanya ke dalam
pelbagai bidang. Seorang usahawan yang versataliti wajar memenuhi kesemua ciri-ciri
usahawan agar dapat berjaya bukan hanya dalam satu bidang saja malah dalam
segala jenis akomoditi yang lain juga.
Usahawan yang versatail wajar dapat mengadaptasi dirinya dalam melaksanakan
pelbagai tugasan dalam memperoleh kejayaan. Seseorang individu yang bergelar
usahawan wajar memiliki tahap fleksibiliti yang tinggi agar dapat memenuhi
kehendak semua pihak.
![]() |
Tatparanandam Ananda Krisnan |
Sebagai
contoh, Tatparanandam Ananda Krisnan merupkan salah satu usahawan yang versatail. Beliau yang
malah dikenali A.K mula berjinak dalam bidang perniagaan melalui kegiatan perdagangan minyak dengan
menggunakan syarikatnya MAI
Holding Sdn Bhd. Beliau merupakan pengasas Usaha Tegas Sdn Bhd.
Kini, A.K. menjadi usahawan yang seba boleh dalam pelbagai bidang lain. Misalnya
dalam industri
perjudian, media, telekomunikasi dan jana tenaga. (Tim Majalah Niaga, 2015) , telah menyenaraikan
bahawa A.K. merupakan orang kedua terkaya di Malaysia serta memiliki jumlah
asset sebanyak USD 9.7 billion (RM 35 billion). Segala kekayaan ini diperoleh
daripada penerokaan beliau dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam bidang media (ASTRO yang meliputi beberapa negara seperti Malaysia,
Taiwan, Indonesia, India, Filipina, Brunei dan Vietnam), perkapalan (Syarikat
Bumi Armada Berhad) serta telekomunikasi (Maxis). Beliau turut mempunyai
kepentingandalam syarikat luar negara di Amerika syarikat, Sri lanka, Indonesia
dan mesir( gas dan minyak) di negara Filipina dan Hollywood (studio animasi),
di Australia (ladang pembakaan kuda).
Rujukan :
AbangRM. (2009, 1 19). T. Ananda Krisnan.
Retrieved 3 24, 2015, from My Bussiness:
http://mybskl.blogspot.com/2010/01/t-ananda-krisnan.html
Alessandra, T. (2008,
6 3). Do ypu have Adaptability. Retrieved 3 21, 2015, from Succes:
http://www.success.com/mobile/article/do-you-have-adaptability
Ananda Krisnan. (n.d.). Retrieved 3 24, 2015, from Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Ananda_Krishnan
Ananda Krisnan. (n.d.). Retrieved 3 24, 2015, from Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Ananda_Krishnan
Tim Majalah Niaga . (2015, 2 27). Senari individu
Terkaya Di Malaysia 2015. Retrieved 3 24, 2015, from Majalah Niaga:
http://www.majalahniaga.com