SEARCH BLOG INI

Wednesday, April 15, 2015

Ciri- ciri Usahawan dalam diri Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


1)    BERINTEGRITI

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau sememangnya seorang tokoh usahawan yang berintegriti dan menjadi contoh kepada usahawan-usahawan lain. Hal ini demikian dapat dilihat sewaktu beliau berjaya mendapatkan lessen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara atau BERNAS. Beliau telah menjadi salah seorang pembekal beras kepada negara kita dengan memegang saham sebanyak 52% dalam syarikat usaha sama antara NG Ghiak Gee dan Chua ChongTan untuk membekalkan beras. Ini menunjukkan bahawa beliau sememangnya dipercayai oleh orang lain sehingga beliau mampu untuk membuka syarikatnya sendiri iaitu Bukhary Sdn Bhd. Beliau juga mendapatkan kepercayaan dari pemegang saham yang lain berbangsa lain iaitu orang Cina untuk menceburi perniagaan bersama dengannya. Umum mengetahui bahawa perniagaan berskala besar memerlukan pelaburan yang banyak dan juga mempunyai risiko yang tinggi. Namun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang usahawan yang dihormati dan disanjumgi oleh rakan niaganya yang lain kerana beliau menceburi pelbagai jenis perniagaan dari segi industri pembungkusan, pembuatan, makanan, pengangkutan dan sebagainya serta berjaya menguruskan perniagaannya dengan bijak. Ini menjadikan beliau seorang ikon yang berintegriti dari prospek bisnes. Bukan sahaja beliau berjaya meluaskan pasarannya ke luar negara dan mendapatkan kepercayaan para pengguna di luar negara. Malahan beliau juga diiktiraf dengan mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari majalah serta orang-orang ternama. Antaranya ialah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran  Dato’ Tokoh Melayu Terbilang ( 2009), beliau juga dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429H, Anugerah  Malaysia’s Chosen One’ serta Majalah Time (2002) dan lain-lain lagi.

 

2)  TEGAS

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary merupakan individu bumiputera terkaya di Malaysia. Anggaran kekayaan berjumlah RM10.6 billion. Rahsia kejayaan dan kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary disebabkan oleh beliau mengamalkan ciri keusahawan yang cerdas.

Beliau juga berpegang pada prinsip kita semua perlu menjadi kuat dan berjaya supaya kita mempunyai keupayaan untuk membantu orang lain. Sifat kecerdasan beliau dapat dibuktikan melalui strategi setiap perniagaan baru yang bakal dijalankan, beliau akan melantik beberapa orang sebagai rakan kongsi perniagaan untuk menjalankan perniagaan tersebut dan beliau sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat berkenaan. Beliau juga mengambil keputusan untuk menyelamatkan MMC dan PERNAS yang sedang mengalami kerugian teruk dan pengurusan yang kucar-kacir.

Selain itu, setiap hari, beliau akan menelefon 100 orang yang terdiri daripada peneraju-peneraju perniagaannya bagi mendapatkan input terkini perkembangan perniagaan masing-masing. Beliau juga menasihati supaya jangan terlibat di dalam perniagaan berbentuk Ali-Baba. Orang Melayu mengambil ekuiti yang diperuntukkan kepada mereka dan kemudiannya menjual kepada orang Cina dengan harga yang lebih tinggi. Melayu terbabit hanya terlibat dalam perniagaan pada nama sahaja, realitinya yang menjalankan perniagaan tersebut ialah orang Cina. Contoh seperti pajak permit & lesen, dan IPO.

Menurut pendapat Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, sebagai peniaga, adalah penting untuk tidak sekadar menjadi budak suruhan sahaja. Perlu ada inovasi dan sentiasa memajukan diri dan perniagaan. Contohnya, daripada pembekal menjadi pengeluar. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary juga mengingatkan supaya jangan sekali-kali melakukan sesuatu di luar kemampuan kewangan anda,buat dahulu, bercakap kemudian dan kekayaan mesti diagih. Apabila anda membuat wang, anda juga harus memberi.

 

3)  BERPANDANGAN JAUH

Terkenal sebagai seorang yang berpandangan jauh, usaha Tan Sri Syed Mokhtar tidak terhenti pada tahap itu sahaja. Pada tahun 1974, beliau telah membeli rumah kedai  yang pertama di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).  Pada tahun berikutnya, beliau mengembangkan lagi empayar perniagaannya dengan menubuhkan Syarikat Shah sebagai pembekal beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd setelah berjaya memperolehi lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara atau BERNAS. Tan Sri Syed Mokhtar menyifatkan kejayaan beliau dalam perniagaan adalah hasil langkah kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

            Sejak dari itu, perniagaan milik Tan Sri Syed Mokhtar terus berkembang pesat hingga beliau dianugerahkan sebagai salah seorang tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia, seterusnya mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Business sebagai orang ke-7 terkaya di Malaysia pada tahun 2005 dan orang ke-50 terkaya di Malaysia oleh Forbes pada tahun 2013 baru-baru ini

            Taikun Malaysia ini telah meluaskan lagi empayar perniagaan beliau dengan memiliki kepentingan di syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti MMC Corporation Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-Hicom, Bank Muamalat, PERNAS, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad dan banyak lagi. Beliau turut dikenali sebagai seorang figura yang dermawan dan mempunyai nilai kemanusiaan yang luar biasa tingginya. Sebagai contoh, beliau telah menubuhkan Muzium Kesenian Islam, Yayasan Al-Bukhary, Universiti Antarabangsa Al-Bukhary, dan juga Kompleks Al-Bukhary. Selain itu, beliau turut memperindah Masjid Negara serta menaja penghantaran setiap tahun jemaah haji Malaysia yang kurang berkemampuan untuk melakukan ibadah haji. Baru-baru ini, jutawan berhati mulia ini telah membina masjid-masjid di beberapa daerah di Negeri Sembilan, selain di Alor Setar, Lapangan Terbang Senai, Johor dan juga di Jalan Pudu.

            Sebagai "Jutawan Dermawan", sifat murni yang dipupuk sejak kecil oleh kedua ibu bapanya, Tan Sri Syed Mokhtar  adalah seorang yang sentiasa rendah diri dan tidak pernah lokek dengan ilmu serta rahsia kejayaannya di dalam bidang perniagaan.
 

4)    BERINISIATIF

          Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Tan Sri Syed Mokhtar memiliki ciri usahawan yang  berinisiatif. Hal ini demikian kerana, yayasan yang dibina oleh beliau iaitu Yayasan al-Bukhary telah menjalankan projek Mega iaitu pembinaan Kompleks perniagaan (SOUQ) al-Bukhary di Alor Setar yang bernilai RM400juta yang telah siap dibina. Kompleks al-Bukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi Dialisis dan Hospital Albukhary, Hostel Albukhary, Masjid Albukhary,  Pusat Pendidikan Masyarakat Pusat ‘Pondok’ Moden, Rumah Anak-anak Yatim Albukhary,  Pusat Kanak-kanak Istimewa dan  Pusat Jagaan Warga Emasi. Yayasan ini juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Malah 12 buah masjid turut telah dibina melalui yayasan ini di serata dunia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau mengambil inisiatif untuk membina satu kompleks yang besar dananya di samping melakukan kebajikan dengan mewujudkan pusat-pusat jagaan, penyediaan pendidikan dan banyak lagi.

  

5)    VERSALITI
 
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary turut dikenali sebagai seorang usahawan yang bercirikan versatail. Hal ini demikian, penerokan beliau dalam pelbagai bidang tanpa penat lesu. (Usahawan.com, 2015) . Pada seawal berusia 19 tahun,  beliau mula terlibat dalam perniagaan penternakaan ayahnya. Kemuadian melibatkan diri dalam usaha pengangkutan iaitu lori untuk mengangkut beras. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula serta susu. Kemudian,  beliau beralih ke dalam bidang pakaian. Seterusnya melibatkan diri dalam bidang perkapalan  dan juga dalam projek penswastaan Beliau turut melibatkan diri dalam urusan harta tanah dengan kian meluas. Kejayaan beliau dalam  penerokaan pelbagai bidang telah  menyebabkan beliau digelar sebagai seorang usahawan tanah air yang paling versatail.

Tuesday, April 14, 2015

USAHWAN YANG BERJAYA (BIOGRAFI!)


KEHIDUPAN PERIBADI

Pada zaman ini, nama  Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary cukup dikenali ramai sebagai salah seorang usahawan Bumiputera yang Berjaya meraih tempat ke 8 dalam Senarai Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2015 (Tim Majalah Niaga, 2015).

Keluarga Beliau berasla dari Hadhramat, Yemen. Ayahnya mengembara ke Asia Tengah untuk menjalankan perniagaan kemudian berhijrah ke Thailand.  Pada pertengahan tahun 40-an barulah ayah Beliau telah membuat keputusan untuk menetap di Alor Setar, Kedah.

 Anak kelahiran kedah ini telah dilahirkan pada 1951  dan pada tahun 2015 ini, beliau berusia 64 tahun. Anak kepada pasangan Syed Nor Al-bukhary
Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat ini merupakan anak ke tiga daripada tujuh orang adik-beradik. Namun
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang  tidak mempunyai apa- apa jenis perabut pun.


Pendidikan

 Disebabkan kedaifan keluargannya, Beliau ketika berusia 9 tahun telah dihantar ke Johor Bahru untuk diasuh oleh pak ciknya Syed Omar sehingga beliau belajar tingkatan dua. Beliau telah menamatkan pelajarannya sehingga tingktan 5 di Saint Micheal’s School setelah kembali ke Kedah. Sebenarnya, beliau  bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti.  Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi

 Beliau rajin turun ke padang untuk membantu ibunya menanam serta menjual hasil tanaman malah turut melibatkan diri dalam penjualan roti canai di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Kata Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary “saya terlibat dalam dunia perniagaan kerana saya tiada pilihan lain” setelah aktif berniaga sewaktu kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru  pada tahun 1970 (Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu dikenali, 2008)

KELUARGA SENDIRI

Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Sharifah Zarah Al-Bukhary (24) manakala beliau berusia 41 tahun dan telah di kurniakan 4 orang anak iaitu Ilyas Muzaffar, Ilya Myasara, Iliya Melissa, Iffah Maryam. (Info214, 2010)


Penglibatan Awal perniagaan

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary turut dikenali sebagai seorang usahawan yang bercirikan versatail. Hal ini demikian, penerokan beliau dalam pelbagai bidang tanpa penat lesu. (Usahawan.com, 2015)  pada awalnya beliau terlibat dalam perusahaan ayahnya dalam perniagaan bintang ternakan. Namun apabila mengalami kerugian akibat wabak kaki dan mulut, beliau membuat keputusan untuk menjual daging secara kecil-kecilan sahaja. Beliau memperoleh kejayaan yang tinggi dalam perniagaan ini kerana usaha keras beliau yang sering pergi ke pekan ke pekan yang lain sekitar Alor Setar untuk menjual daging.

Seterusnya beliau mula menjinakan diri beliau dalam perniagaan pengangkutan. Permit bagi empat buah lori kelas A telah berjaya beliau memperoleh degan bantuan yang diberikan oleh pihak MARA. Syarikat  pengangkutan yang dibuka telah dinamai Syarikat Pengangkutan Sentosa.Rezeki beliau cukup murah kerana beliau dapat melangsaikan  hutang beliau dengan MARA dalm masa 2 tahun (Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu dikenali, 2008)

Perniagaan beras pula dimulakan  dengan menggunakan lori-lorinya itu.Syarikat Syah telah ditubuhakan dan permohonan lesen perdagagan daripada lembaga Padi Negara yang kini lebih dikenali sebagai BERNAS telah berjaya diraih oleh beliau.Syarikat usaha sama turut telah ditubukan oleh Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary bersama NG Ghiak Gee ( pedagang beras dan 32% saham) manakala Chua ChongTan ( pengilang beras dan  16% saham) .  Hal ini demikain,  beliau menyedari kedudukan perniagaan orang melayu pada masa itu dikuasai oleh orang cina. (Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu dikenali, 2008). Syarikat usaha sama turut telah ditubukan oleh Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary itu telah dinamakan Bukhary Sdn Bhd setelah dibuka pada 15 Julai 1976 malah kini tetap beroperasi dengan memperoleh pendapatan yang mencecah RM250 juta setahun. Selepas itu, beliau telah beralih ke perusahan gula pula.

Pada tahun 1977, beliau telah menubuhkan Bukhary (KL) Sdn Bhd pula atas niat untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang lebih memberi tawaran kepada usahawan bumiputera. Bukary (KL)Sdn Bhd telah dibeli melalui perjanjian sewa beli Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) .Kontrak pembekalan beras, tepung susu, tepung coklat dan juga minyak sapi telah berjaya diraih oleh beliau.

Bahagian bawah pejabatnya telah diubah suai sebagai pusat pembungkusan. Syarikat Mas Sdn. Bhd telah dibuka pada tahun 1979 dengan usaha sama beliau( 51%) dengan New Zealand Milk Products (49%) yang memasarkan jenama Fernleaf dan Anchor. Namun beliau telah menjual semula kepentingannya dalm syarikat tersebut akibat kemelesatan ekonomi pada pertengahan 80-an. (Sejarah Kekayaan Tan Sri Syed Mokjtar Al Bukary, 2013). Walaupun begitu, beliau telah menghadirkan diri ke delegasi perdagagan ke ekso Perdagagan Canton, China. Di sana, beliau telah mengamalkan sistem pertukaran barter yang menukarkan the China dengan kokonya.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary turut telah melangkah dalm indusri pembuatan. Hal ini akibat beliau berjaya menakluki kontrak untuk membuat pakaian seragam bagi Angkatan Tentera Malaysia sebanyak 330 000 (pasang pakain seragam) dan 120 000 (pasang kasut) dari Kementerian Pertahanan (MINDEFF ).Pada awalnya beliau telah mencari pembekal iaitu dari pihak pengilang terus namun beliau telah membuat keputusan untuk menubukan Oriental Garmental Uniform Division dan syarikat Amtek Holding.  Beliau yelah membeli  Spark Manshop dan hak untuk mengeluarkan dan memasarkan jenama Crocodile dengan mengunakan wang penyenaraian Syarikat Amtek Holding dalam Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pada era ini, Syarikat Amtek Holding menjalankan operasi dalam bidang eksport  bagi  kasut tentera dan pakaian berjenama Loius dan Lee Coopers.

Sementelahan itu, Bukhary Shipping yang bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE telah ditubukan. Malah, sebuah kapal bernilai USD 1juta serta berusia 28 tahun buatan German turut telah dibeli oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Kegunaan kapal tersebut adalah untuk mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak.  Sehubungan dengan itu, kapal itu telah dinamai Angsa Mas.  Namun, apabila  mengalami kerugian sebanyak USD 400 000, Beliau terpaksa mengambil langkah untuk menjual Angsa Mas pada harga USD 600 000. 

 

PENSWASTAAN

Pada masa yang sama, beliau telah menubuhkan Syarikat Bukary Development untuk memulakan beberapa projek perumahan.Dalam perusahaan harta tanah ini, Beliau telah membeli beberapa bidang tanah di selitar Alor Setar.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary juga telah melibatkan diri. Beliau dam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd.(RM 350 000 000) melalui tender dan Johor Tenggara Palm Oil Sdn Bhd (RM135 000 000). Projek Pelabuhan Tanjung Pelepas berjaya menarik syarikat perkapalan antarabangsa iaitu Maersk Sealand (Denmark) dan Evergreen Marine (Taiwan) untuk memindah operasi kontenanya  dari pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Untuk ini, beliau telah  menerima pujian oleh kerajaan.

Syarikat  usahasama Equiventure Sdn. Bhd ditubuhkan bersama Kembangan Dinamik, Pilecou Bhd. dan  Oneo (syarikat perancis).Hal ini rentetan daripada projek penswastaan air.

                                         

Kepentingan

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah membeli MMC Corporation yang merupakan sebuah syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kontrak lebuh Raya pantai timur  iaitu sambungan lebuh raya  Kuala Terenganu ke Karak merupakan antara projek MMC. Beliau juga memiliki 22.7 % pegangan dalam Malakoff Berhad (syarikat pembekalan elektrik) dan 20% peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

 Beliau juga  memiliki 18 % pegangan dalam Bernas (perdagangan beras) dan 32 % pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, ( konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan) Manakala 18.7% pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik yang diperoleh Melalui  Syarikat Perdana Padu Sdn. Bhd. dan Corak Kukuh Sdn Bhd.beliau turut memegang saham individu sebanyak 7.34% sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad. Di samping itu, beliau turut memiliki 100%  kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku di Malaysia serta Singapura Kepentigan majority dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai turut dikaut oleh beliau malah , MMC juga telah membeli Senai Terminal Servis Sdn bhd.(SATS). Melalui RM 80 juta, SATS Berjaya mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airport Holdings Bhd pada 1 November 2003  


     YAYASAN AL-BUKAHRY
 
 

Sebagai badan kebajikan yang telah ditubuhkan pada mac 1996, yayasan tersebut membantu orang yang kurang kemampuan terutama dalam bidang pendidikan. (Orang Melayu boleh berjaya Asal Tekun sertab sabar diuji masa, 2004).Kata beliau “tuhan sudah member segal nikmat, semuanya saya sudah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada  orang ramai terutamanaya  pelajaran.” Menerusi senuah wawancara dengan Mingguan Malaysia. (Hari ini kita tolong orang Esuk orang tolong kita, 2009)

Yayasan tersebut turut berperanan dalam menyokong perkembangan seni dan budaya Islam selain menjadi pengalak dalam persefahaman antara peradapan melalui dialog peradapan. Kini ia telah berkembang sebagai kumpulan amal global.

DALAM NEGARA

Antara projek besar yang dijalankan adalah pembinaan Kompleks Al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks Albukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi Dialisis dan Hospital Albukhary,Hostel Albukhary, Masjid Albukhary,  Pusat Pendidikan MasyarakatPusat ‘Pondok’ Moden, Rumah Anak-anak Yatim Albukhary,  Pusat Kanak-kanak Istimewa dan  Pusat Jagaan Warga Emasi. Yayasan ini juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Malah 12 buah masjid turut telah dibina melalui yayasan ini di serata dunia


LUAR NEGARA     

Yayasan ini bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada penduduk negara ini, malah juga negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Yayasan Al-Bukhary pernah terlibat dalam menyumbang RM3 juta kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon bagi membantu meringankan penderitaan rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Pada tahun 2000, Yayasan Al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.

 

SUMBAGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

  Yayasan itu turut menyumbang kepada organisani bukan islam. Sebagai contoh, untuk Projek Langkahwi (RM1 juta) walaupun yayasan Al bukahry ini lebih berorentasikan islam. Sumbangan kepada mangsa gempa bumi Sichuan, China juga dilaksanakan oleh pihak yayasan ini.

Anugerah

Sebagai menghargai  jasanya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran  Dato’.Tokoh Melayu Terbilang ( 2009). Menurut (BERNAMA, 2008) beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429H. Anugerah  Malaysia’s Chosen One’ serta Majalah Time (2002), Muzium Kesenian Islam iaitu IRCICA Award daripada OIC Research Centre for Islamic Culture & Art (2003). Muzium Kesenian Islam turut telah memperoleh Montblanc Arts & Patronage Award daripada Paris-based Montblanc Cultural Foundation (2003) Pencalonan ‘Top 20 Progressive Asians’ oleh majalah World Business (20 Mei 2007) (Info214, 2010)

Kontroversi

Beliau sebagai insan yang berjaya tidak juga terhindar dari pelbagai kontroversi. Antara kontroversi yang telah melibatkan dirinya adalah pembangunan yang tidak terkawal di Pelabuhan Johor, penghapusan subsidi gula, Pemerolehan besar sebahagian band LTE tanpa rekod sebelumnya, ancaman kepada keselamatan makanan negara dan kontroversi Loji Janakuasa Tanjung Bin serta Kontroversi AiU. (wikipedia (english))

1.            Pembangunan yang tidak terkawal di Pelabuhan Johor

  Kontroversi ini tercetus apabila beberapa buak syarikat milik beliau telah diserang kerana aktiviti pembangunan di tapak baru. Sebagai contoh, pembersihan hutan paya laut bagi pembangunan Pelabuhan Johor telah membawa kepada beberapa kritikan daripada kumpulan alam sekitar tempatan

2.            Penghapusan subsidi gula

Pada tahun 2009, Gula Tengah yang dimiliki oleh Syed Mokhtar Tradewind  yang diperoleh daripada kumpulan Robert Kuok PBB. Berikutan pengambilalihan Central Sugar, kerajaan telah komited untuk gula mentah diimport  dalam perjanjian tiga tahun bernilai AS $ 26 (sejumlah RM78.54) bagi setiap 100 lbs (45.3 kg) pada bulan Januari 2012 apabila harga pasaran global gula mentah ketika itu US $ 23,42 (RM73.57). Tetapi pada bulan Januari 2014, harga global telah menurun kepada bawah AS $ 16 memaksa Kerajaan untuk menarik balik subsidi (34 sen sekilogram) untuk pembuangan gula. Namun, subsidi gula yang dibekalkan dalam Bajet 2013, keuntungan Tradewind kini melonjak kepada RM 1 bilion


3.             Pemerolehan besar sebahagian band LTE tanpa rekod sebelumnya,

Pada bulan Disember 2012, Syed Mokhtar Puncak Semangat Sdn Bhd adalah salah satu daripada lapan syarikat yang berjaya membida LTE 2600 MHz dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Namun, persoalan dibangkitkan apabila  Puncak Semangat mempunyai sifar rekod sebelum  ditawarkan tetapi berjaya mendapat band 40 MHz. Sementara yang lain 8 syarikat bersaing hanya mendapat 20 MHz jalur peruntukan.

 

4.            Ancaman kepada keselamatan makanan Negara

Pada bulan Mac 2014, Syed Mokhtar mendapatkan 90% daripada Padiberas Nasional Bhd (Bernas) selepas membeli saham-saham yang dimiliki oleh Nafas dan Nekmat melalui syarikat proksinya iaitu  Perspektif Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal Sdn Bhd, Acara Kreatif Sdn Bhd dan Tradewinds telah menyebabkan pengkritik menentang kerana mengikut pandangan mereka ini meletakkan keselamatan makanan negara ke dalam tangan seorang hartawan yang akan merosakkan industri makanan negara dan dengan itu harga beras akan terus meningkatkan lagi.

            5.            Kontroversi AiU

Universiti Antarabangsa Al bukhary  telah ditutup selepas di selar pelbagai pihak selepas AiU telah disaman oleh 6 orang pelajar kerana gagal mengikut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, pada 15  April 2014.(Sang, 2014)
 

Bibliography

(n.d.). Retrieved 3 27, 2015, from wikipedia (english): http://en.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary
(n.d.). Retrieved 3 27, 2015, from wikipedia (Bahasa Melayu): http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary
(2010, 8 27). Retrieved 3 27, 2015, from Info214: http://info214.blogspot.com/2010/08/tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html
BERNAMA. (2008, 1 10). Retrieved 3 25, 2015, from Arkib mStar: http;//mstar.com.my/artikel/?file=/2008/1/10/TERKINI
Hari ini kita tolong orang Esuk orang tolong kita. (2009, 7 19). Retrieved 3 27, 2015, from Utusan online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_14.htm
Intan Nur, l. (2012, 5 3). Tan-Sri-Syed-Mokhtar-Al-Bukhary. Retrieved 3 15, 2015, from Scrib.com: https://www.scribd.com/doc/92174407/Tan-Sri-Syed-Mokhtar-Al-Bukhary
lynna, k. (2013, 1 25). Retrieved 3 27, 2015, from Scrib.com: https://www.scribd.com/doc/122092628/Tan-Sri-Syed-Mokhtar-Al-Bukhary#download
Orang Melayu boleh berjaya Asal Tekun sertab sabar diuji masa. (2004, 10 17). Retrieved 3 27, 2015, from Utusan online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1017&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_05.htm&arc=hive
Sang, N. K. (2014, 4 29). TheAnt Daily. Retrieved 3 27, 2015, from semut Harian: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Kontroversi-AiU-Syed-Mokhtar-terpaksa-jilat-ludah-sendiri
Sejarah Kekayaan Tan Sri Syed Mokjtar Al Bukary. (2013, 2 6). Retrieved 3 27, 2015, from Budak sri kinta : http://kartikel.com/news/49594/sejarah-kekayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary
Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu dikenali. (2008, 4 17). Retrieved 3 2015, 27, from Utusan Online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
Tim Majalah Niaga, .. (2015, 2 27). Senari individu Terkaya Di Malaysia 2015. Retrieved 3 24, 2015, from Majalah Niaga: http://www.majalahniaga.com/
Usahawan.com. (2015). Rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html. Retrieved 3 24, 2015, from Tokoh perniagaan: http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html
 
 
 
 
 
 

Monday, April 6, 2015

Usahawan yang tegas




Tegas bersinonim dengan jelas, terang, nyata, ketara, lantang, tepat, tentu, pasti dan nyata manakala berantonim dengan kabur dan ragu-ragu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tegas merujuk kepada sesuatu yang diperkatakan jelas dan terang tanpa ragu-ragu. Tegas juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri usahawan.
 

Bartolo Valastro

 
Contoh usahawan yang mempunyai ciri tegas ialah Bartolo Valastro.Bartolo Valastro atau lebih dikenali sebagai Buddy dilahirkan pada 3 Mac 1977 di Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat. Selain merupakan usahawan dalam bidang kek dan pastri, Buddy merupakan cef yang kedua terkenal di dunia. Buddy Valastro merupakan pembuat roti generasi keempat dilahirkan ke dalam perniagaan yang dimiliki dan dikendalikan oleh ibu bapanya.

Pada usia 17 tahun, bapanya meninggal dunia. Disebabkan Buddy merupakan satu-satunya anak lelaki, secara tiba-tiba beliau terpaksa berhenti sekolah dan mengambil tanggungjawab bapa. Dengan bantuan keluarganya, Buddy telah mengambil alih perniagaan Carlo’s Bakery ini dan membawa perniagaan ini ke tahap yang baru, termasuk memperluaskan kedai roti di luar Hoboken buat kali pertama. Buddy merupakan seorang yang tegas dan sentiasa berfikir ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh, Buddy mempunyai hasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan Carlo’s  Bakery ke lokasi baru. Buddy membawa resepi keluarganya iaitu menu Itali klasik dengan membuka restoran pertamanya, Buddy V di Venetian Las Vegas. Pembukaan restoran yang pertama ini menunjukkan bahawa Buddy amat tegas dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Buddy juga menunjukkan ketegasan apabila beliau sentiasa mengawasi operasi bakeri setiap hari dan sepanjang masa. Antara urusan yang dititikberatkan adalah urusan aduan daripada pelanggan, berurusan dengan pembekal yang tidak boleh dipercayai dan lewat, perniagaan baru dan menjaga hubungan kekeluargaan. Walaupun sebahagian besar pekerjanya merupakan ahli keluarganya sendiri, namun Buddy mempunyai personaliti yang tegas terhadap keluarga dan pekerjanya. Beliau menyelia sebuah pasukan kerja yang terdiri daripada ibunya, empat adik-beradik perempuan, saudara ipar dan beberapa ahli keluarga yang lain. Sikap ketegasan yang diamalkan oleh Buddy telah menjadikan ikatan kekeluargaan mereka yang telah terjalin sekian lama menjadi lebih erat.



  Rujukan: