SEARCH BLOG INI

Wednesday, April 15, 2015

Ciri- ciri Usahawan dalam diri Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


1)    BERINTEGRITI

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau sememangnya seorang tokoh usahawan yang berintegriti dan menjadi contoh kepada usahawan-usahawan lain. Hal ini demikian dapat dilihat sewaktu beliau berjaya mendapatkan lessen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara atau BERNAS. Beliau telah menjadi salah seorang pembekal beras kepada negara kita dengan memegang saham sebanyak 52% dalam syarikat usaha sama antara NG Ghiak Gee dan Chua ChongTan untuk membekalkan beras. Ini menunjukkan bahawa beliau sememangnya dipercayai oleh orang lain sehingga beliau mampu untuk membuka syarikatnya sendiri iaitu Bukhary Sdn Bhd. Beliau juga mendapatkan kepercayaan dari pemegang saham yang lain berbangsa lain iaitu orang Cina untuk menceburi perniagaan bersama dengannya. Umum mengetahui bahawa perniagaan berskala besar memerlukan pelaburan yang banyak dan juga mempunyai risiko yang tinggi. Namun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang usahawan yang dihormati dan disanjumgi oleh rakan niaganya yang lain kerana beliau menceburi pelbagai jenis perniagaan dari segi industri pembungkusan, pembuatan, makanan, pengangkutan dan sebagainya serta berjaya menguruskan perniagaannya dengan bijak. Ini menjadikan beliau seorang ikon yang berintegriti dari prospek bisnes. Bukan sahaja beliau berjaya meluaskan pasarannya ke luar negara dan mendapatkan kepercayaan para pengguna di luar negara. Malahan beliau juga diiktiraf dengan mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari majalah serta orang-orang ternama. Antaranya ialah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran  Dato’ Tokoh Melayu Terbilang ( 2009), beliau juga dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429H, Anugerah  Malaysia’s Chosen One’ serta Majalah Time (2002) dan lain-lain lagi.

 

2)  TEGAS

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary merupakan individu bumiputera terkaya di Malaysia. Anggaran kekayaan berjumlah RM10.6 billion. Rahsia kejayaan dan kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary disebabkan oleh beliau mengamalkan ciri keusahawan yang cerdas.

Beliau juga berpegang pada prinsip kita semua perlu menjadi kuat dan berjaya supaya kita mempunyai keupayaan untuk membantu orang lain. Sifat kecerdasan beliau dapat dibuktikan melalui strategi setiap perniagaan baru yang bakal dijalankan, beliau akan melantik beberapa orang sebagai rakan kongsi perniagaan untuk menjalankan perniagaan tersebut dan beliau sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat berkenaan. Beliau juga mengambil keputusan untuk menyelamatkan MMC dan PERNAS yang sedang mengalami kerugian teruk dan pengurusan yang kucar-kacir.

Selain itu, setiap hari, beliau akan menelefon 100 orang yang terdiri daripada peneraju-peneraju perniagaannya bagi mendapatkan input terkini perkembangan perniagaan masing-masing. Beliau juga menasihati supaya jangan terlibat di dalam perniagaan berbentuk Ali-Baba. Orang Melayu mengambil ekuiti yang diperuntukkan kepada mereka dan kemudiannya menjual kepada orang Cina dengan harga yang lebih tinggi. Melayu terbabit hanya terlibat dalam perniagaan pada nama sahaja, realitinya yang menjalankan perniagaan tersebut ialah orang Cina. Contoh seperti pajak permit & lesen, dan IPO.

Menurut pendapat Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, sebagai peniaga, adalah penting untuk tidak sekadar menjadi budak suruhan sahaja. Perlu ada inovasi dan sentiasa memajukan diri dan perniagaan. Contohnya, daripada pembekal menjadi pengeluar. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary juga mengingatkan supaya jangan sekali-kali melakukan sesuatu di luar kemampuan kewangan anda,buat dahulu, bercakap kemudian dan kekayaan mesti diagih. Apabila anda membuat wang, anda juga harus memberi.

 

3)  BERPANDANGAN JAUH

Terkenal sebagai seorang yang berpandangan jauh, usaha Tan Sri Syed Mokhtar tidak terhenti pada tahap itu sahaja. Pada tahun 1974, beliau telah membeli rumah kedai  yang pertama di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).  Pada tahun berikutnya, beliau mengembangkan lagi empayar perniagaannya dengan menubuhkan Syarikat Shah sebagai pembekal beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd setelah berjaya memperolehi lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara atau BERNAS. Tan Sri Syed Mokhtar menyifatkan kejayaan beliau dalam perniagaan adalah hasil langkah kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

            Sejak dari itu, perniagaan milik Tan Sri Syed Mokhtar terus berkembang pesat hingga beliau dianugerahkan sebagai salah seorang tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia, seterusnya mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Business sebagai orang ke-7 terkaya di Malaysia pada tahun 2005 dan orang ke-50 terkaya di Malaysia oleh Forbes pada tahun 2013 baru-baru ini

            Taikun Malaysia ini telah meluaskan lagi empayar perniagaan beliau dengan memiliki kepentingan di syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti MMC Corporation Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-Hicom, Bank Muamalat, PERNAS, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad dan banyak lagi. Beliau turut dikenali sebagai seorang figura yang dermawan dan mempunyai nilai kemanusiaan yang luar biasa tingginya. Sebagai contoh, beliau telah menubuhkan Muzium Kesenian Islam, Yayasan Al-Bukhary, Universiti Antarabangsa Al-Bukhary, dan juga Kompleks Al-Bukhary. Selain itu, beliau turut memperindah Masjid Negara serta menaja penghantaran setiap tahun jemaah haji Malaysia yang kurang berkemampuan untuk melakukan ibadah haji. Baru-baru ini, jutawan berhati mulia ini telah membina masjid-masjid di beberapa daerah di Negeri Sembilan, selain di Alor Setar, Lapangan Terbang Senai, Johor dan juga di Jalan Pudu.

            Sebagai "Jutawan Dermawan", sifat murni yang dipupuk sejak kecil oleh kedua ibu bapanya, Tan Sri Syed Mokhtar  adalah seorang yang sentiasa rendah diri dan tidak pernah lokek dengan ilmu serta rahsia kejayaannya di dalam bidang perniagaan.
 

4)    BERINISIATIF

          Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Tan Sri Syed Mokhtar memiliki ciri usahawan yang  berinisiatif. Hal ini demikian kerana, yayasan yang dibina oleh beliau iaitu Yayasan al-Bukhary telah menjalankan projek Mega iaitu pembinaan Kompleks perniagaan (SOUQ) al-Bukhary di Alor Setar yang bernilai RM400juta yang telah siap dibina. Kompleks al-Bukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi Dialisis dan Hospital Albukhary, Hostel Albukhary, Masjid Albukhary,  Pusat Pendidikan Masyarakat Pusat ‘Pondok’ Moden, Rumah Anak-anak Yatim Albukhary,  Pusat Kanak-kanak Istimewa dan  Pusat Jagaan Warga Emasi. Yayasan ini juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Malah 12 buah masjid turut telah dibina melalui yayasan ini di serata dunia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau mengambil inisiatif untuk membina satu kompleks yang besar dananya di samping melakukan kebajikan dengan mewujudkan pusat-pusat jagaan, penyediaan pendidikan dan banyak lagi.

  

5)    VERSALITI
 
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary turut dikenali sebagai seorang usahawan yang bercirikan versatail. Hal ini demikian, penerokan beliau dalam pelbagai bidang tanpa penat lesu. (Usahawan.com, 2015) . Pada seawal berusia 19 tahun,  beliau mula terlibat dalam perniagaan penternakaan ayahnya. Kemuadian melibatkan diri dalam usaha pengangkutan iaitu lori untuk mengangkut beras. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula serta susu. Kemudian,  beliau beralih ke dalam bidang pakaian. Seterusnya melibatkan diri dalam bidang perkapalan  dan juga dalam projek penswastaan Beliau turut melibatkan diri dalam urusan harta tanah dengan kian meluas. Kejayaan beliau dalam  penerokaan pelbagai bidang telah  menyebabkan beliau digelar sebagai seorang usahawan tanah air yang paling versatail.

No comments: