Semua manusia
pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan mereka. Ini termasuklah
usahawan-usahawan yang berjaya pada hari ini. Mereka juga pernah mengalami
kejatuhan dalam perniagaan mereka. Namun mereka tetap bersemangat tinggi dan
belajar dari kesilapan mereka untuk menjadi salah seorang usahawan yang
disegani pada hari ini.
Dalam dunia
yang penuh cabaran dan persaingan ini, seseorang usahawan perlulah mempunyai
sifat mampu belajar dari kesilapan mereka. Sifat ini bermaksud seseorang
inidividu tersebut pernah melakukan kesalahan yang merugikan dirinya atau orang
lain dan berazam untuk mengubah nasibnya kearah yang lebih baik dengan tidak
mengulangi kesilapan yang sama serta berusaha untuk bangun dari tempat lamanya
kearah yang lebih berjaya. Sifat ini amatlah diperlukan dalam bidang
keusahawanan untuk menjadikan usahawan tersebut kental dan tidak mudah berputus
asa dalam perniagaan mereka kerana dunia perniagaan mempunyai turun naiknya.
Selain itu,
sifat ini juga dapat memupuk usahawan tersebut berfikir dengan lebih kreatif
bagaimana untuk memajukan perniagaan mereka untuk menarik minat para pembeli
bagi menjana keuntungan. Mengikut kajian, seorang usahawan tersebut juga akan
lebih berjaya daripada sebelumnya jika beliau berazam bersungguh-sungguh dan
menggunakan strategi yang lebih efektif.
![]() |
Bill Gates |
Sebagai contoh, usahawan Amerika Bill Gates merupakan perintis
perisian komputer Microsoft iaitu syarikat perisian yang terbesar di dunia.
Pada usia seawal 17 tahun, beliau bersama rakan niaganya Paul Allen membuka
syarikat komputer Taf-O-Data namun perniagaan mereka gagal. Selepas dua tahun
menjadi mahasisiwa di Universiti Harvard, beliau berhenti dari pengajiannya dan
mengambil risiko dengan membuka syarikat perisian komputer, Microsoft. Kini,
beliau telah berjaya dalam perniagaannya dan telah menjadi salah seorang yang
terkaya di dunia. Ini membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak mudah
berputus asa dengan kesilapan lalu dan memperbaiki diri beliau sehingga berjaya
ke tahap ini.
RUJUKAN :
Lin, J. (2010, 5 10).
Top 10 College Dropouts : Bill Gates. http://content.time.com/time/specials/packages/article/0,28804,1988080_1988093_1988082,00.html.
http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Bill_Gates&action=edit
No comments:
Post a Comment