SEARCH BLOG INI

Wednesday, April 1, 2015

Usahawan yang Berintegriti dan Kebolehpercayaan




Maksud berintegriti mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah mempunyai kepercayaan. Untuk menjadi seorang yang dipercayai oleh orang lain, kita perlulah mempunyai kejujuran dalam sebarang bentuk tindakan kita. Justeru, dalam pernigaan usahawan perlulah mempunyai integriti dan kebolehpercayaan dari pengguna. Ini penting kerana sikap jujur seseorang usahawan akan menyebabkan perniagaan serta produk mereka dipercayai oleh orang ramai dan berkembang maju merentasi sempadan. Jika para pengguna telah mempercayai sesuatu produk tersebut pasti mereka akan menggunakannya tanpa berasa was-was dan mengulanginya. Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan dari para pengguna.

Bagi menubuhkan sebuah syarikat yang mendapat tempat dalam hati para pengguna, usahawan perlulah mempunyai prinsip dan azam untuk membangunkan pernigaan yang mempunyai imej penjenamaan yang bersih serta berkualiti. Ini kerana berdasarkan respon dari para pengguna, mereka lebih memilih produk dari syarikat yang mempunyai jenama yang terkenal dan kukuh.


Datuk Yusuf Taiyoob
Antara contoh usahawan yang dipercayai dan berintegriti ialah jutawan Malaysia anak kelahiran Pulau Pinang iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Beliau yang mengusahakan penjualan serta import dan eskport buah kurma amat disegani oleh penggunanya serta pekerjanya. Antara amalan berintegriti beliau adalah  menjual produk yang berkualiti dan dipercayai. Buah-buah ini diimport bermutu dari 30 buah negara. Bagi memastikan kesegaran serta bekalan yang mencukupi beliau pergi sendiri ke negara berkenaan untuk urusan jual beli. Selain itu, beliau juga jujur dalam perniagaan. Buktinya, beliau membelanjakan sebanyak RM 5 juta bagi teknologi sejuk beku dari Amerika untuk tujuan penyimpanan. Teknologi juga boleh mengesan kebocoran gas ammonia. Maka tidak hairanlah produk beliau dipercayai oleh pengguna dan bekembang maju.

Rujukan:

  Kamsari, S. A. (2010, 08 13). Fenomena kurma Yusuf Taiyoob. Retrieved 3 17, 2015, from Utusan Online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2010&dt=0813&sec=Keluarga&pg=ke_01.h

    Zain, H. (2010, 11). Kisah Menarik : Jutawan Kurma Yusuf Taiyoob. Retrieved 3 20, 2015, from http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/kisah-menarik-jutawan-kurma-yusuf-taiyoob.html

No comments: