KEHIDUPAN PERIBADI
Pada zaman ini, nama Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary cukup
dikenali ramai sebagai salah seorang usahawan Bumiputera yang Berjaya meraih tempat
ke 8 dalam Senarai Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2015 (Tim Majalah
Niaga, 2015).
Keluarga Beliau berasla
dari Hadhramat, Yemen. Ayahnya mengembara ke Asia Tengah untuk menjalankan
perniagaan kemudian berhijrah ke Thailand.
Pada pertengahan tahun 40-an barulah ayah Beliau telah membuat keputusan
untuk menetap di Alor Setar, Kedah.
Anak kelahiran kedah ini telah dilahirkan pada 1951 dan pada tahun 2015 ini, beliau berusia 64
tahun. Anak kepada pasangan Syed Nor Al-bukhary
Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat ini merupakan anak ke tiga daripada tujuh
orang adik-beradik. Namun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak
di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai
apa- apa jenis perabut pun.
Pendidikan
Disebabkan kedaifan keluargannya, Beliau
ketika berusia 9 tahun telah dihantar ke Johor Bahru untuk diasuh oleh pak
ciknya Syed Omar sehingga beliau belajar tingkatan dua. Beliau telah menamatkan
pelajarannya sehingga tingktan 5 di Saint Micheal’s School setelah kembali ke
Kedah. Sebenarnya,
beliau bukanlah orang yang berpendidikan
tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui
pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak
kecil lagi
Beliau rajin turun ke padang untuk membantu
ibunya menanam serta menjual hasil tanaman malah turut melibatkan diri dalam
penjualan roti canai di pasar di
Jalan Telok Wan Jah. Kata Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary “saya terlibat
dalam dunia perniagaan kerana saya tiada pilihan lain” setelah aktif berniaga
sewaktu kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru
pada tahun 1970 (Syed Mokthar Al Bukahry yang
tidak begitu dikenali, 2008)
KELUARGA SENDIRI
Beliau
telah berkahwin dengan Puan Sri Sharifah Zarah Al-Bukhary (24) manakala beliau
berusia 41 tahun dan telah di kurniakan 4 orang anak iaitu Ilyas
Muzaffar, Ilya Myasara, Iliya Melissa, Iffah Maryam. (Info214, 2010)
Penglibatan
Awal perniagaan
Tan Sri Syed Mokhtar Al
Bukhary turut dikenali sebagai seorang usahawan yang bercirikan versatail. Hal ini demikian, penerokan
beliau dalam pelbagai bidang tanpa penat lesu. (Usahawan.com, 2015) pada awalnya
beliau terlibat dalam perusahaan ayahnya dalam perniagaan bintang ternakan.
Namun apabila mengalami kerugian akibat wabak kaki dan mulut, beliau membuat
keputusan untuk menjual daging secara kecil-kecilan sahaja. Beliau memperoleh
kejayaan yang tinggi dalam perniagaan ini kerana usaha keras beliau yang sering
pergi ke pekan ke pekan yang lain sekitar Alor Setar untuk menjual daging.
Seterusnya
beliau mula menjinakan diri beliau dalam perniagaan
pengangkutan. Permit bagi empat buah lori kelas A telah berjaya beliau
memperoleh degan bantuan yang diberikan oleh pihak MARA. Syarikat pengangkutan yang dibuka telah dinamai
Syarikat Pengangkutan Sentosa.Rezeki beliau cukup murah kerana beliau dapat
melangsaikan hutang beliau dengan MARA
dalm masa 2 tahun (Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu
dikenali, 2008)
Perniagaan
beras pula dimulakan dengan menggunakan lori-lorinya itu.Syarikat
Syah telah ditubuhakan dan permohonan lesen perdagagan daripada lembaga Padi
Negara yang kini lebih dikenali sebagai BERNAS telah berjaya diraih oleh
beliau.Syarikat usaha sama turut telah ditubukan oleh Tan Sri Syed Mokthar Al
Bukhary bersama NG Ghiak Gee ( pedagang beras dan 32%
saham) manakala Chua ChongTan ( pengilang beras dan 16% saham) . Hal ini demikain, beliau menyedari kedudukan perniagaan orang
melayu pada masa itu dikuasai oleh orang cina. (Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu
dikenali, 2008).
Syarikat usaha sama turut telah ditubukan oleh Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary
itu telah dinamakan Bukhary Sdn Bhd setelah dibuka pada 15 Julai 1976 malah
kini tetap beroperasi dengan memperoleh pendapatan yang mencecah RM250 juta
setahun. Selepas itu, beliau telah beralih ke perusahan gula pula.
Pada tahun
1977, beliau telah menubuhkan Bukhary (KL) Sdn Bhd pula atas niat untuk
mendapatkan kontrak kerajaan yang lebih memberi tawaran kepada usahawan
bumiputera. Bukary (KL)Sdn Bhd telah dibeli melalui perjanjian sewa beli
Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) .Kontrak pembekalan beras, tepung susu, tepung
coklat dan juga minyak sapi telah berjaya diraih oleh beliau.
Bahagian
bawah pejabatnya telah diubah suai sebagai pusat
pembungkusan. Syarikat Mas Sdn. Bhd telah dibuka pada tahun 1979 dengan
usaha sama beliau( 51%) dengan New Zealand Milk Products (49%) yang memasarkan
jenama Fernleaf dan Anchor. Namun beliau telah menjual semula kepentingannya
dalm syarikat tersebut akibat kemelesatan ekonomi pada pertengahan 80-an. (Sejarah Kekayaan Tan Sri Syed Mokjtar Al
Bukary, 2013).
Walaupun begitu, beliau telah menghadirkan diri ke delegasi perdagagan ke ekso
Perdagagan Canton, China. Di sana, beliau telah mengamalkan sistem pertukaran
barter yang menukarkan the China dengan kokonya.
Tan Sri Syed Mokhtar Al
Bukhary turut telah melangkah dalm indusri
pembuatan. Hal ini akibat beliau berjaya menakluki kontrak untuk membuat
pakaian seragam bagi Angkatan Tentera Malaysia sebanyak 330 000 (pasang pakain
seragam) dan 120 000 (pasang kasut) dari Kementerian Pertahanan (MINDEFF ).Pada
awalnya beliau telah mencari pembekal iaitu dari pihak pengilang terus namun
beliau telah membuat keputusan untuk menubukan Oriental Garmental Uniform
Division dan syarikat Amtek Holding.
Beliau yelah membeli Spark
Manshop dan hak untuk mengeluarkan dan memasarkan jenama Crocodile dengan
mengunakan wang penyenaraian Syarikat Amtek Holding dalam Papan Kedua Bursa
Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pada era ini, Syarikat Amtek Holding
menjalankan operasi dalam bidang eksport
bagi kasut tentera dan pakaian
berjenama Loius dan Lee Coopers.
Sementelahan itu, Bukhary Shipping yang bertindak sebagai
broker kapal di bawah polisi CABOTAGE telah ditubukan. Malah, sebuah kapal
bernilai USD 1juta serta berusia 28 tahun buatan German turut telah dibeli oleh
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Kegunaan kapal tersebut adalah untuk
mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan itu, kapal itu telah dinamai
Angsa Mas. Namun, apabila mengalami kerugian sebanyak USD 400 000,
Beliau terpaksa mengambil langkah untuk menjual Angsa Mas pada harga USD 600
000.
PENSWASTAAN
Pada masa yang sama, beliau
telah menubuhkan Syarikat Bukary
Development untuk memulakan beberapa projek perumahan.Dalam perusahaan
harta tanah ini, Beliau telah membeli beberapa bidang tanah di selitar Alor
Setar.
Tan Sri Syed Mokhtar Al
Bukhary juga telah melibatkan diri. Beliau dam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd.(RM 350 000 000)
melalui tender dan Johor Tenggara Palm
Oil Sdn Bhd (RM135 000 000). Projek Pelabuhan Tanjung Pelepas berjaya
menarik syarikat perkapalan antarabangsa iaitu Maersk Sealand (Denmark) dan
Evergreen Marine (Taiwan) untuk memindah operasi kontenanya dari pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung
Pelepas. Untuk ini, beliau telah
menerima pujian oleh kerajaan.
Syarikat usahasama Equiventure Sdn. Bhd ditubuhkan bersama Kembangan Dinamik, Pilecou
Bhd. dan Oneo (syarikat perancis).Hal
ini rentetan daripada projek penswastaan air.
Kepentingan
Tan Sri Syed Mokhtar Al
Bukhary telah membeli MMC Corporation yang merupakan sebuah syarikat
kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada
Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kontrak lebuh Raya pantai timur iaitu sambungan lebuh raya Kuala Terenganu ke Karak merupakan antara
projek MMC. Beliau juga memiliki 22.7 %
pegangan dalam Malakoff Berhad (syarikat pembekalan elektrik) dan 20% peratus
pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah
pembuatan.
Beliau juga memiliki 18 % pegangan dalam Bernas
(perdagangan beras) dan 32 % pegangan dalam Pernas International Holdings
Berhad, ( konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan) Manakala
18.7% pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran
barangan elektronik yang diperoleh Melalui Syarikat
Perdana Padu Sdn. Bhd. dan Corak Kukuh Sdn Bhd.beliau turut memegang saham
individu sebanyak 7.34% sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri
Holdings Berhad. Di samping itu, beliau turut
memiliki 100% kepentingan dalam MPH,
iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku di Malaysia serta Singapura Kepentigan majority dalam
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai turut dikaut oleh beliau malah , MMC juga
telah membeli Senai Terminal Servis Sdn bhd.(SATS). Melalui RM 80 juta, SATS
Berjaya mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia
Airport Holdings Bhd pada 1 November 2003
YAYASAN AL-BUKAHRY
Sebagai badan kebajikan
yang telah ditubuhkan pada mac 1996, yayasan tersebut membantu orang yang kurang
kemampuan terutama dalam bidang pendidikan. (Orang
Melayu boleh berjaya Asal Tekun sertab sabar diuji masa, 2004).Kata beliau “tuhan
sudah member segal nikmat, semuanya saya sudah rasa, apa lagi yang kita mahu,
maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutamanaya pelajaran.” Menerusi senuah wawancara dengan
Mingguan Malaysia. (Hari ini kita tolong orang Esuk
orang tolong kita, 2009)
Yayasan tersebut turut
berperanan dalam menyokong perkembangan seni dan budaya Islam selain menjadi
pengalak dalam persefahaman antara peradapan melalui dialog peradapan. Kini ia
telah berkembang sebagai kumpulan amal global.
DALAM NEGARA
Antara projek besar yang dijalankan
adalah pembinaan Kompleks Al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks Albukhary yang
kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi Dialisis
dan Hospital Albukhary,Hostel Albukhary, Masjid Albukhary, Pusat Pendidikan MasyarakatPusat ‘Pondok’
Moden, Rumah Anak-anak Yatim Albukhary,
Pusat Kanak-kanak Istimewa dan
Pusat Jagaan Warga Emasi. Yayasan ini juga membangunkan
Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta.
Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang
memaparkan hasil seni Islam. Malah 12 buah masjid turut telah dibina melalui
yayasan ini di serata dunia
LUAR NEGARA
Yayasan ini bukan sahaja
menghulurkan bantuan kepada penduduk negara ini, malah juga negara-negara
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Biasiswa Albukhary kepada
pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM).Yayasan Al-Bukhary pernah terlibat dalam menyumbang RM3
juta kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon bagi membantu meringankan penderitaan
rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Pada tahun 2000,
Yayasan Al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for
Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.
SUMBAGAN
KEPADA ORANG BUKAN ISLAM
Yayasan itu turut menyumbang kepada
organisani bukan islam. Sebagai contoh, untuk Projek Langkahwi (RM1 juta)
walaupun yayasan Al bukahry ini lebih berorentasikan islam. Sumbangan kepada
mangsa gempa bumi Sichuan, China juga dilaksanakan oleh pihak yayasan ini.
Anugerah
Sebagai menghargai jasanya, beliau telah dianugerahkan pingat
dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia
mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.Tokoh Melayu Terbilang ( 2009). Menurut
(BERNAMA, 2008) beliau dipilih sebagai Tokoh Maal
Hijrah 1429H. Anugerah Malaysia’s Chosen
One’ serta Majalah Time (2002), Muzium Kesenian Islam iaitu IRCICA Award
daripada OIC Research Centre for Islamic Culture & Art (2003). Muzium
Kesenian Islam turut telah memperoleh Montblanc Arts & Patronage Award
daripada Paris-based Montblanc Cultural Foundation (2003) Pencalonan ‘Top 20
Progressive Asians’ oleh majalah World Business (20 Mei 2007) (Info214,
2010)
Kontroversi
Beliau sebagai insan
yang berjaya tidak juga terhindar dari pelbagai kontroversi. Antara kontroversi
yang telah melibatkan dirinya adalah pembangunan yang tidak terkawal di Pelabuhan Johor, penghapusan subsidi gula,
Pemerolehan besar sebahagian
band LTE tanpa
rekod sebelumnya, ancaman
kepada keselamatan makanan negara dan kontroversi Loji Janakuasa Tanjung Bin serta Kontroversi AiU. (wikipedia (english))
1.
Pembangunan yang
tidak terkawal di
Pelabuhan Johor
Kontroversi ini tercetus apabila beberapa
buak syarikat milik beliau telah diserang kerana aktiviti
pembangunan di tapak baru.
Sebagai contoh, pembersihan hutan paya laut bagi pembangunan Pelabuhan Johor telah
membawa kepada beberapa kritikan
daripada kumpulan alam sekitar tempatan
2.
Penghapusan subsidi gula
Pada
tahun 2009, Gula Tengah
yang dimiliki oleh Syed Mokhtar Tradewind yang diperoleh daripada kumpulan Robert
Kuok PBB. Berikutan
pengambilalihan Central Sugar,
kerajaan telah komited untuk gula mentah diimport dalam perjanjian tiga tahun bernilai AS $ 26
(sejumlah RM78.54) bagi setiap 100 lbs (45.3 kg) pada
bulan Januari 2012 apabila harga pasaran
global gula mentah
ketika itu US $
23,42 (RM73.57). Tetapi pada bulan Januari 2014, harga global telah
menurun kepada bawah AS $ 16 memaksa Kerajaan
untuk menarik balik subsidi (34 sen sekilogram)
untuk pembuangan gula. Namun, subsidi
gula yang dibekalkan dalam Bajet 2013, keuntungan Tradewind
kini melonjak kepada RM 1 bilion
3.
Pemerolehan besar sebahagian
band LTE tanpa
rekod sebelumnya,
Pada
bulan Disember 2012, Syed
Mokhtar Puncak Semangat
Sdn Bhd adalah
salah satu daripada lapan syarikat yang
berjaya membida LTE 2600 MHz dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Namun, persoalan dibangkitkan apabila Puncak Semangat
mempunyai sifar rekod
sebelum ditawarkan tetapi
berjaya mendapat band
40 MHz. Sementara
yang lain 8
syarikat bersaing hanya mendapat 20 MHz
jalur peruntukan.
4.
Ancaman kepada keselamatan makanan Negara
Pada
bulan Mac 2014, Syed
Mokhtar mendapatkan 90% daripada Padiberas Nasional
Bhd (Bernas) selepas
membeli saham-saham yang dimiliki oleh Nafas dan Nekmat melalui
syarikat proksinya iaitu Perspektif Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn
Bhd, Seaport Terminal
Sdn Bhd, Acara
Kreatif Sdn Bhd
dan Tradewinds telah
menyebabkan pengkritik menentang kerana
mengikut pandangan mereka ini meletakkan keselamatan makanan negara ke dalam tangan seorang
hartawan yang akan merosakkan industri makanan
negara dan dengan itu harga beras akan terus meningkatkan
lagi.
5.
Kontroversi AiU
Universiti Antarabangsa Al bukhary telah ditutup selepas di selar pelbagai pihak
selepas AiU telah disaman oleh 6 orang pelajar kerana gagal mengikut Akta
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, pada 15 April 2014.(Sang, 2014)
Bibliography
(n.d.). Retrieved 3 27, 2015, from wikipedia
(english): http://en.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary
(n.d.). Retrieved 3
27, 2015, from wikipedia (Bahasa Melayu):
http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary
(2010, 8 27).
Retrieved 3 27, 2015, from Info214:
http://info214.blogspot.com/2010/08/tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html
BERNAMA. (2008, 1
10). Retrieved 3 25, 2015, from Arkib mStar:
http;//mstar.com.my/artikel/?file=/2008/1/10/TERKINI
Hari ini kita
tolong orang Esuk orang tolong kita.
(2009, 7 19). Retrieved 3 27, 2015, from Utusan online:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_14.htm
Intan Nur, l. (2012,
5 3). Tan-Sri-Syed-Mokhtar-Al-Bukhary. Retrieved 3 15, 2015, from
Scrib.com:
https://www.scribd.com/doc/92174407/Tan-Sri-Syed-Mokhtar-Al-Bukhary
lynna, k. (2013, 1
25). Retrieved 3 27, 2015, from Scrib.com:
https://www.scribd.com/doc/122092628/Tan-Sri-Syed-Mokhtar-Al-Bukhary#download
Orang Melayu boleh
berjaya Asal Tekun sertab sabar diuji masa. (2004, 10 17). Retrieved 3 27, 2015, from Utusan online:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1017&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_05.htm&arc=hive
Sang, N. K. (2014, 4
29). TheAnt Daily. Retrieved 3 27, 2015, from semut Harian:
http://bm.theantdaily.com/Terkini/Kontroversi-AiU-Syed-Mokhtar-terpaksa-jilat-ludah-sendiri
Sejarah Kekayaan
Tan Sri Syed Mokjtar Al Bukary.
(2013, 2 6). Retrieved 3 27, 2015, from Budak sri kinta :
http://kartikel.com/news/49594/sejarah-kekayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary
Syed Mokthar Al
Bukahry yang tidak begitu dikenali.
(2008, 4 17). Retrieved 3 2015, 27, from Utusan Online:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
Tim Majalah Niaga, ..
(2015, 2 27). Senari individu Terkaya Di Malaysia 2015. Retrieved 3
24, 2015, from Majalah Niaga: http://www.majalahniaga.com/
Usahawan.com. (2015).
Rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html. Retrieved 3 24,
2015, from Tokoh perniagaan:
http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html