SEARCH BLOG INI

Tuesday, April 14, 2015

USAHWAN YANG BERJAYA (BIOGRAFI!)


KEHIDUPAN PERIBADI

Pada zaman ini, nama  Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary cukup dikenali ramai sebagai salah seorang usahawan Bumiputera yang Berjaya meraih tempat ke 8 dalam Senarai Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2015 (Tim Majalah Niaga, 2015).

Keluarga Beliau berasla dari Hadhramat, Yemen. Ayahnya mengembara ke Asia Tengah untuk menjalankan perniagaan kemudian berhijrah ke Thailand.  Pada pertengahan tahun 40-an barulah ayah Beliau telah membuat keputusan untuk menetap di Alor Setar, Kedah.

 Anak kelahiran kedah ini telah dilahirkan pada 1951  dan pada tahun 2015 ini, beliau berusia 64 tahun. Anak kepada pasangan Syed Nor Al-bukhary
Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat ini merupakan anak ke tiga daripada tujuh orang adik-beradik. Namun
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang  tidak mempunyai apa- apa jenis perabut pun.


Pendidikan

 Disebabkan kedaifan keluargannya, Beliau ketika berusia 9 tahun telah dihantar ke Johor Bahru untuk diasuh oleh pak ciknya Syed Omar sehingga beliau belajar tingkatan dua. Beliau telah menamatkan pelajarannya sehingga tingktan 5 di Saint Micheal’s School setelah kembali ke Kedah. Sebenarnya, beliau  bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti.  Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi

 Beliau rajin turun ke padang untuk membantu ibunya menanam serta menjual hasil tanaman malah turut melibatkan diri dalam penjualan roti canai di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Kata Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary “saya terlibat dalam dunia perniagaan kerana saya tiada pilihan lain” setelah aktif berniaga sewaktu kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru  pada tahun 1970 (Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu dikenali, 2008)

KELUARGA SENDIRI

Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Sharifah Zarah Al-Bukhary (24) manakala beliau berusia 41 tahun dan telah di kurniakan 4 orang anak iaitu Ilyas Muzaffar, Ilya Myasara, Iliya Melissa, Iffah Maryam. (Info214, 2010)


Penglibatan Awal perniagaan

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary turut dikenali sebagai seorang usahawan yang bercirikan versatail. Hal ini demikian, penerokan beliau dalam pelbagai bidang tanpa penat lesu. (Usahawan.com, 2015)  pada awalnya beliau terlibat dalam perusahaan ayahnya dalam perniagaan bintang ternakan. Namun apabila mengalami kerugian akibat wabak kaki dan mulut, beliau membuat keputusan untuk menjual daging secara kecil-kecilan sahaja. Beliau memperoleh kejayaan yang tinggi dalam perniagaan ini kerana usaha keras beliau yang sering pergi ke pekan ke pekan yang lain sekitar Alor Setar untuk menjual daging.

Seterusnya beliau mula menjinakan diri beliau dalam perniagaan pengangkutan. Permit bagi empat buah lori kelas A telah berjaya beliau memperoleh degan bantuan yang diberikan oleh pihak MARA. Syarikat  pengangkutan yang dibuka telah dinamai Syarikat Pengangkutan Sentosa.Rezeki beliau cukup murah kerana beliau dapat melangsaikan  hutang beliau dengan MARA dalm masa 2 tahun (Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu dikenali, 2008)

Perniagaan beras pula dimulakan  dengan menggunakan lori-lorinya itu.Syarikat Syah telah ditubuhakan dan permohonan lesen perdagagan daripada lembaga Padi Negara yang kini lebih dikenali sebagai BERNAS telah berjaya diraih oleh beliau.Syarikat usaha sama turut telah ditubukan oleh Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary bersama NG Ghiak Gee ( pedagang beras dan 32% saham) manakala Chua ChongTan ( pengilang beras dan  16% saham) .  Hal ini demikain,  beliau menyedari kedudukan perniagaan orang melayu pada masa itu dikuasai oleh orang cina. (Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu dikenali, 2008). Syarikat usaha sama turut telah ditubukan oleh Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary itu telah dinamakan Bukhary Sdn Bhd setelah dibuka pada 15 Julai 1976 malah kini tetap beroperasi dengan memperoleh pendapatan yang mencecah RM250 juta setahun. Selepas itu, beliau telah beralih ke perusahan gula pula.

Pada tahun 1977, beliau telah menubuhkan Bukhary (KL) Sdn Bhd pula atas niat untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang lebih memberi tawaran kepada usahawan bumiputera. Bukary (KL)Sdn Bhd telah dibeli melalui perjanjian sewa beli Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) .Kontrak pembekalan beras, tepung susu, tepung coklat dan juga minyak sapi telah berjaya diraih oleh beliau.

Bahagian bawah pejabatnya telah diubah suai sebagai pusat pembungkusan. Syarikat Mas Sdn. Bhd telah dibuka pada tahun 1979 dengan usaha sama beliau( 51%) dengan New Zealand Milk Products (49%) yang memasarkan jenama Fernleaf dan Anchor. Namun beliau telah menjual semula kepentingannya dalm syarikat tersebut akibat kemelesatan ekonomi pada pertengahan 80-an. (Sejarah Kekayaan Tan Sri Syed Mokjtar Al Bukary, 2013). Walaupun begitu, beliau telah menghadirkan diri ke delegasi perdagagan ke ekso Perdagagan Canton, China. Di sana, beliau telah mengamalkan sistem pertukaran barter yang menukarkan the China dengan kokonya.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary turut telah melangkah dalm indusri pembuatan. Hal ini akibat beliau berjaya menakluki kontrak untuk membuat pakaian seragam bagi Angkatan Tentera Malaysia sebanyak 330 000 (pasang pakain seragam) dan 120 000 (pasang kasut) dari Kementerian Pertahanan (MINDEFF ).Pada awalnya beliau telah mencari pembekal iaitu dari pihak pengilang terus namun beliau telah membuat keputusan untuk menubukan Oriental Garmental Uniform Division dan syarikat Amtek Holding.  Beliau yelah membeli  Spark Manshop dan hak untuk mengeluarkan dan memasarkan jenama Crocodile dengan mengunakan wang penyenaraian Syarikat Amtek Holding dalam Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pada era ini, Syarikat Amtek Holding menjalankan operasi dalam bidang eksport  bagi  kasut tentera dan pakaian berjenama Loius dan Lee Coopers.

Sementelahan itu, Bukhary Shipping yang bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE telah ditubukan. Malah, sebuah kapal bernilai USD 1juta serta berusia 28 tahun buatan German turut telah dibeli oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Kegunaan kapal tersebut adalah untuk mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak.  Sehubungan dengan itu, kapal itu telah dinamai Angsa Mas.  Namun, apabila  mengalami kerugian sebanyak USD 400 000, Beliau terpaksa mengambil langkah untuk menjual Angsa Mas pada harga USD 600 000. 

 

PENSWASTAAN

Pada masa yang sama, beliau telah menubuhkan Syarikat Bukary Development untuk memulakan beberapa projek perumahan.Dalam perusahaan harta tanah ini, Beliau telah membeli beberapa bidang tanah di selitar Alor Setar.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary juga telah melibatkan diri. Beliau dam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd.(RM 350 000 000) melalui tender dan Johor Tenggara Palm Oil Sdn Bhd (RM135 000 000). Projek Pelabuhan Tanjung Pelepas berjaya menarik syarikat perkapalan antarabangsa iaitu Maersk Sealand (Denmark) dan Evergreen Marine (Taiwan) untuk memindah operasi kontenanya  dari pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Untuk ini, beliau telah  menerima pujian oleh kerajaan.

Syarikat  usahasama Equiventure Sdn. Bhd ditubuhkan bersama Kembangan Dinamik, Pilecou Bhd. dan  Oneo (syarikat perancis).Hal ini rentetan daripada projek penswastaan air.

                                         

Kepentingan

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah membeli MMC Corporation yang merupakan sebuah syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kontrak lebuh Raya pantai timur  iaitu sambungan lebuh raya  Kuala Terenganu ke Karak merupakan antara projek MMC. Beliau juga memiliki 22.7 % pegangan dalam Malakoff Berhad (syarikat pembekalan elektrik) dan 20% peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

 Beliau juga  memiliki 18 % pegangan dalam Bernas (perdagangan beras) dan 32 % pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, ( konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan) Manakala 18.7% pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik yang diperoleh Melalui  Syarikat Perdana Padu Sdn. Bhd. dan Corak Kukuh Sdn Bhd.beliau turut memegang saham individu sebanyak 7.34% sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad. Di samping itu, beliau turut memiliki 100%  kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku di Malaysia serta Singapura Kepentigan majority dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai turut dikaut oleh beliau malah , MMC juga telah membeli Senai Terminal Servis Sdn bhd.(SATS). Melalui RM 80 juta, SATS Berjaya mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airport Holdings Bhd pada 1 November 2003  


     YAYASAN AL-BUKAHRY
 
 

Sebagai badan kebajikan yang telah ditubuhkan pada mac 1996, yayasan tersebut membantu orang yang kurang kemampuan terutama dalam bidang pendidikan. (Orang Melayu boleh berjaya Asal Tekun sertab sabar diuji masa, 2004).Kata beliau “tuhan sudah member segal nikmat, semuanya saya sudah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada  orang ramai terutamanaya  pelajaran.” Menerusi senuah wawancara dengan Mingguan Malaysia. (Hari ini kita tolong orang Esuk orang tolong kita, 2009)

Yayasan tersebut turut berperanan dalam menyokong perkembangan seni dan budaya Islam selain menjadi pengalak dalam persefahaman antara peradapan melalui dialog peradapan. Kini ia telah berkembang sebagai kumpulan amal global.

DALAM NEGARA

Antara projek besar yang dijalankan adalah pembinaan Kompleks Al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks Albukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi Dialisis dan Hospital Albukhary,Hostel Albukhary, Masjid Albukhary,  Pusat Pendidikan MasyarakatPusat ‘Pondok’ Moden, Rumah Anak-anak Yatim Albukhary,  Pusat Kanak-kanak Istimewa dan  Pusat Jagaan Warga Emasi. Yayasan ini juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Malah 12 buah masjid turut telah dibina melalui yayasan ini di serata dunia


LUAR NEGARA     

Yayasan ini bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada penduduk negara ini, malah juga negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Yayasan Al-Bukhary pernah terlibat dalam menyumbang RM3 juta kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon bagi membantu meringankan penderitaan rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Pada tahun 2000, Yayasan Al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.

 

SUMBAGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

  Yayasan itu turut menyumbang kepada organisani bukan islam. Sebagai contoh, untuk Projek Langkahwi (RM1 juta) walaupun yayasan Al bukahry ini lebih berorentasikan islam. Sumbangan kepada mangsa gempa bumi Sichuan, China juga dilaksanakan oleh pihak yayasan ini.

Anugerah

Sebagai menghargai  jasanya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran  Dato’.Tokoh Melayu Terbilang ( 2009). Menurut (BERNAMA, 2008) beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429H. Anugerah  Malaysia’s Chosen One’ serta Majalah Time (2002), Muzium Kesenian Islam iaitu IRCICA Award daripada OIC Research Centre for Islamic Culture & Art (2003). Muzium Kesenian Islam turut telah memperoleh Montblanc Arts & Patronage Award daripada Paris-based Montblanc Cultural Foundation (2003) Pencalonan ‘Top 20 Progressive Asians’ oleh majalah World Business (20 Mei 2007) (Info214, 2010)

Kontroversi

Beliau sebagai insan yang berjaya tidak juga terhindar dari pelbagai kontroversi. Antara kontroversi yang telah melibatkan dirinya adalah pembangunan yang tidak terkawal di Pelabuhan Johor, penghapusan subsidi gula, Pemerolehan besar sebahagian band LTE tanpa rekod sebelumnya, ancaman kepada keselamatan makanan negara dan kontroversi Loji Janakuasa Tanjung Bin serta Kontroversi AiU. (wikipedia (english))

1.            Pembangunan yang tidak terkawal di Pelabuhan Johor

  Kontroversi ini tercetus apabila beberapa buak syarikat milik beliau telah diserang kerana aktiviti pembangunan di tapak baru. Sebagai contoh, pembersihan hutan paya laut bagi pembangunan Pelabuhan Johor telah membawa kepada beberapa kritikan daripada kumpulan alam sekitar tempatan

2.            Penghapusan subsidi gula

Pada tahun 2009, Gula Tengah yang dimiliki oleh Syed Mokhtar Tradewind  yang diperoleh daripada kumpulan Robert Kuok PBB. Berikutan pengambilalihan Central Sugar, kerajaan telah komited untuk gula mentah diimport  dalam perjanjian tiga tahun bernilai AS $ 26 (sejumlah RM78.54) bagi setiap 100 lbs (45.3 kg) pada bulan Januari 2012 apabila harga pasaran global gula mentah ketika itu US $ 23,42 (RM73.57). Tetapi pada bulan Januari 2014, harga global telah menurun kepada bawah AS $ 16 memaksa Kerajaan untuk menarik balik subsidi (34 sen sekilogram) untuk pembuangan gula. Namun, subsidi gula yang dibekalkan dalam Bajet 2013, keuntungan Tradewind kini melonjak kepada RM 1 bilion


3.             Pemerolehan besar sebahagian band LTE tanpa rekod sebelumnya,

Pada bulan Disember 2012, Syed Mokhtar Puncak Semangat Sdn Bhd adalah salah satu daripada lapan syarikat yang berjaya membida LTE 2600 MHz dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Namun, persoalan dibangkitkan apabila  Puncak Semangat mempunyai sifar rekod sebelum  ditawarkan tetapi berjaya mendapat band 40 MHz. Sementara yang lain 8 syarikat bersaing hanya mendapat 20 MHz jalur peruntukan.

 

4.            Ancaman kepada keselamatan makanan Negara

Pada bulan Mac 2014, Syed Mokhtar mendapatkan 90% daripada Padiberas Nasional Bhd (Bernas) selepas membeli saham-saham yang dimiliki oleh Nafas dan Nekmat melalui syarikat proksinya iaitu  Perspektif Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal Sdn Bhd, Acara Kreatif Sdn Bhd dan Tradewinds telah menyebabkan pengkritik menentang kerana mengikut pandangan mereka ini meletakkan keselamatan makanan negara ke dalam tangan seorang hartawan yang akan merosakkan industri makanan negara dan dengan itu harga beras akan terus meningkatkan lagi.

            5.            Kontroversi AiU

Universiti Antarabangsa Al bukhary  telah ditutup selepas di selar pelbagai pihak selepas AiU telah disaman oleh 6 orang pelajar kerana gagal mengikut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, pada 15  April 2014.(Sang, 2014)
 

Bibliography

(n.d.). Retrieved 3 27, 2015, from wikipedia (english): http://en.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary
(n.d.). Retrieved 3 27, 2015, from wikipedia (Bahasa Melayu): http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary
(2010, 8 27). Retrieved 3 27, 2015, from Info214: http://info214.blogspot.com/2010/08/tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html
BERNAMA. (2008, 1 10). Retrieved 3 25, 2015, from Arkib mStar: http;//mstar.com.my/artikel/?file=/2008/1/10/TERKINI
Hari ini kita tolong orang Esuk orang tolong kita. (2009, 7 19). Retrieved 3 27, 2015, from Utusan online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_14.htm
Intan Nur, l. (2012, 5 3). Tan-Sri-Syed-Mokhtar-Al-Bukhary. Retrieved 3 15, 2015, from Scrib.com: https://www.scribd.com/doc/92174407/Tan-Sri-Syed-Mokhtar-Al-Bukhary
lynna, k. (2013, 1 25). Retrieved 3 27, 2015, from Scrib.com: https://www.scribd.com/doc/122092628/Tan-Sri-Syed-Mokhtar-Al-Bukhary#download
Orang Melayu boleh berjaya Asal Tekun sertab sabar diuji masa. (2004, 10 17). Retrieved 3 27, 2015, from Utusan online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1017&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_05.htm&arc=hive
Sang, N. K. (2014, 4 29). TheAnt Daily. Retrieved 3 27, 2015, from semut Harian: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Kontroversi-AiU-Syed-Mokhtar-terpaksa-jilat-ludah-sendiri
Sejarah Kekayaan Tan Sri Syed Mokjtar Al Bukary. (2013, 2 6). Retrieved 3 27, 2015, from Budak sri kinta : http://kartikel.com/news/49594/sejarah-kekayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary
Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu dikenali. (2008, 4 17). Retrieved 3 2015, 27, from Utusan Online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
Tim Majalah Niaga, .. (2015, 2 27). Senari individu Terkaya Di Malaysia 2015. Retrieved 3 24, 2015, from Majalah Niaga: http://www.majalahniaga.com/
Usahawan.com. (2015). Rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html. Retrieved 3 24, 2015, from Tokoh perniagaan: http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html
 
 
 
 
 
 

Monday, April 6, 2015

Usahawan yang tegas




Tegas bersinonim dengan jelas, terang, nyata, ketara, lantang, tepat, tentu, pasti dan nyata manakala berantonim dengan kabur dan ragu-ragu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tegas merujuk kepada sesuatu yang diperkatakan jelas dan terang tanpa ragu-ragu. Tegas juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri usahawan.
 

Bartolo Valastro

 
Contoh usahawan yang mempunyai ciri tegas ialah Bartolo Valastro.Bartolo Valastro atau lebih dikenali sebagai Buddy dilahirkan pada 3 Mac 1977 di Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat. Selain merupakan usahawan dalam bidang kek dan pastri, Buddy merupakan cef yang kedua terkenal di dunia. Buddy Valastro merupakan pembuat roti generasi keempat dilahirkan ke dalam perniagaan yang dimiliki dan dikendalikan oleh ibu bapanya.

Pada usia 17 tahun, bapanya meninggal dunia. Disebabkan Buddy merupakan satu-satunya anak lelaki, secara tiba-tiba beliau terpaksa berhenti sekolah dan mengambil tanggungjawab bapa. Dengan bantuan keluarganya, Buddy telah mengambil alih perniagaan Carlo’s Bakery ini dan membawa perniagaan ini ke tahap yang baru, termasuk memperluaskan kedai roti di luar Hoboken buat kali pertama. Buddy merupakan seorang yang tegas dan sentiasa berfikir ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh, Buddy mempunyai hasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan Carlo’s  Bakery ke lokasi baru. Buddy membawa resepi keluarganya iaitu menu Itali klasik dengan membuka restoran pertamanya, Buddy V di Venetian Las Vegas. Pembukaan restoran yang pertama ini menunjukkan bahawa Buddy amat tegas dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Buddy juga menunjukkan ketegasan apabila beliau sentiasa mengawasi operasi bakeri setiap hari dan sepanjang masa. Antara urusan yang dititikberatkan adalah urusan aduan daripada pelanggan, berurusan dengan pembekal yang tidak boleh dipercayai dan lewat, perniagaan baru dan menjaga hubungan kekeluargaan. Walaupun sebahagian besar pekerjanya merupakan ahli keluarganya sendiri, namun Buddy mempunyai personaliti yang tegas terhadap keluarga dan pekerjanya. Beliau menyelia sebuah pasukan kerja yang terdiri daripada ibunya, empat adik-beradik perempuan, saudara ipar dan beberapa ahli keluarga yang lain. Sikap ketegasan yang diamalkan oleh Buddy telah menjadikan ikatan kekeluargaan mereka yang telah terjalin sekian lama menjadi lebih erat.



  Rujukan:
 




Thursday, April 2, 2015

Usahawan yang belajar dari kesilapan



Semua manusia pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan mereka. Ini termasuklah usahawan-usahawan yang berjaya pada hari ini. Mereka juga pernah mengalami kejatuhan dalam perniagaan mereka. Namun mereka tetap bersemangat tinggi dan belajar dari kesilapan mereka untuk menjadi salah seorang usahawan yang disegani pada hari ini.

Dalam dunia yang penuh cabaran dan persaingan ini, seseorang usahawan perlulah mempunyai sifat mampu belajar dari kesilapan mereka. Sifat ini bermaksud seseorang inidividu tersebut pernah melakukan kesalahan yang merugikan dirinya atau orang lain dan berazam untuk mengubah nasibnya kearah yang lebih baik dengan tidak mengulangi kesilapan yang sama serta berusaha untuk bangun dari tempat lamanya kearah yang lebih berjaya. Sifat ini amatlah diperlukan dalam bidang keusahawanan untuk menjadikan usahawan tersebut kental dan tidak mudah berputus asa dalam perniagaan mereka kerana dunia perniagaan mempunyai turun naiknya.

Selain itu, sifat ini juga dapat memupuk usahawan tersebut berfikir dengan lebih kreatif bagaimana untuk memajukan perniagaan mereka untuk menarik minat para pembeli bagi menjana keuntungan. Mengikut kajian, seorang usahawan tersebut juga akan lebih berjaya daripada sebelumnya jika beliau berazam bersungguh-sungguh dan menggunakan strategi yang lebih efektif.
Bill Gates
Sebagai contoh, usahawan Amerika Bill Gates merupakan perintis perisian komputer Microsoft iaitu syarikat perisian yang terbesar di dunia. Pada usia seawal 17 tahun, beliau bersama rakan niaganya Paul Allen membuka syarikat komputer Taf-O-Data namun perniagaan mereka gagal. Selepas dua tahun menjadi mahasisiwa di Universiti Harvard, beliau berhenti dari pengajiannya dan mengambil risiko dengan membuka syarikat perisian komputer, Microsoft. Kini, beliau telah berjaya dalam perniagaannya dan telah menjadi salah seorang yang terkaya di dunia. Ini membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak mudah berputus asa dengan kesilapan lalu dan memperbaiki diri beliau sehingga berjaya ke tahap ini.

RUJUKAN :
      Lin, J. (2010, 5 10). Top 10 College Dropouts : Bill Gates. http://content.time.com/time/specials/packages/article/0,28804,1988080_1988093_1988082,00.html.
http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Bill_Gates&action=edit

Usahawan yang inisiatif



            Kamus Dewan Bahasa mentakrifkan bahawa inisiatif adalah tentang mengambil alih. Satu inisiatif adalah elemen yang pertama dalam siri apa jua tindakan. Inisiatif juga boleh bermakna kualiti peribadi yang menunjukkan kesediaan untuk menanggung sebarang risiko dan kesanggupan untuk bertanggungjawab. Seorang usahawan dengan inisiatif mempunyai kecenderungan untuk melihat, menganalisis keadaan dan mengambil tindakan secara proaktif sebelum sesuatu berlaku. Mereka biasanya mengambil peluang cuba untuk melakukan sesuatu, walaupun kemungkinan kegagalan. Mereka berusaha secara berterusan dan tidak berputus asa pada apa-apa yang akan diterokai dalam bidang belum diterokai oleh usahawan lain.
Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong


            Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong adalah seorang usahawan yang menunjukkan sifat inisiatif. Tan Sri Lim Goh Tong merupakan pengasas Genting Group. Beliau adalah seorang lelaki yang simple, akhirnya mengambil inisiatif melaksanakan projek impiannya pada tahun 1964. Idea membina sebuah resort gunung itu dicetuskan apabila Tan Sri Lim Goh Tong telah mempunyai makan malam di Cameron Highlands. Apabila dia menikmati angin sejuk yang menyejukkan hati Cameron Highlands, idea untuk membina sebuah resort gunung untuk setiap orang untuk menikmati udara sejuk di kawasan pergunungan.                     

            Beliau adalah orang pertama untuk membina sebuah resort gunung berhampiran dengan modal negara, Kuala Lumpur. Ramai mengatakan bahawa ia merupakan satu impian yang mustahil, tetapi Tan Sri Lim Goh Tong tetap dengan impiannya dan meneruskan projek itu. Beliau berkata, " The Genting project fitted my idea of an ideal business: Nobody else was interested in it, which meant no competition.” Selepas melakukan penyelidikan, Tan Sri Lim Goh Tong menemui Gunung Ulu Kali di suatu tempat yang bernama Genting Sempah dan mendapati bahawa lokasi tersebut sesuai untuk rancangannya.        

            Dalam projek Genting itu, beliau menumpukan semua masa, wang dan sumber. Malahan, beliau telah mempertaruhkan nyawanya sendiri beberapa kali untuk menyiapkan projek ini. Beliaulah pengurus projek, jurutera, pengawal kewangan, buruh dan penyelesai masalah semasa pembinaan Genting Highlands. Batu asas bagi First Hotel telah dibentangkan pada 31 Mac 1969. Projek Genting keseluruhan telah disiapkan pada Januari 1971.        

            Kesimpulannya, Tan Sri Lim Goh Tong dipaparkan inisiatif besar untuk menjadikan resort impiannya menjadi kenyataan. Impian beliau untuk membina sebuah resort gunung dilakukan dengan menggunakan satu kejayaan besar. Inisiatif yang besar telah membangunkan resort tanah tinggi yang popular di Genting Highlands.

RUJUKAN :
Shalini, P. (2015, Mac). Introduction to Entrepeneurship. Retrieved Mac 29, 2015, from   http://punesshalini.blogspot.com/2015/03/entrepreneurial-traits-with-example-of.html

Usahawan yang berpandangan jauh



            Dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, istilah berpandangan jauh membawa maksud kebolehan menjangka (keperluan, masalah, perkembangan) yang akan datang atau timbul. Dengan memiliki kebolehan tersebut, seseorang individu dapat membuat rancangan yang rapi untuk jangka waktu yang panjang.

            Dalam proses untuk menjadi usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada pada mereka adalah dengan memiliki sifat berpandangan jauh. Usahawan yang mempunyai sifat foresight atau berpandangan jauh adalah seseorang yang pandai merancang, menganalisis, merumus dan mengambil setiap peluang yang ada. Kelebihan pada usahawan yang mempunyai ciri ini adalah mereka mampu meramal sesuatu perkara sebelum berlaku sama ada perkara tersebut akan memberi keuntungan ataupun kerugian kepada mereka.

            Tan Sri Dr Antony Francis Fernandesc

            Tan Sri Dr Antony Francis Fernandes yang turut dikenali sebagai Tony Fernandes adalah salah satu usahawan yang memiliki ciri sebagai seorang usahawan yang berpandangan jauh. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Air Asia dan pengasas kepada Tune Group. Tan Sri Dr Antony Francis Fernandes terkenal dengan sifat berpandangan jauhnya apabila beliau membeli Air Asia yang ketika itu telah mengalami kerugian yang teruk dan kemudian mengubah Air Asia dari sebuah syarikat penerbangan yang kecil dan berjuang untuk menjadikannya antara syarikat penerbangan tambang rendah yang kini telah berkembang dengan cepat. Air Asia kini adalah antara syarikat penerbangan yang berjaya di dunia.

            Ciri berpandangan jauh pada Tony Fernandes jelas terlihat apabila beliau boleh menjangka situasi yang mungkin timbul. Beliau membeli Air Asia pada Disember 2011 daripada pemilik Malaysia yang DRB-Hicom untuk tanda atau RM1 dan mengambil RM40 juta hutang syarikat penerbangan itu. Beliau menetapkan wawasan Air Asia adalah “Untuk menjadi syarikat penerbangan kos rendah terbesar di Asia dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang seringkali dikenakan tambang yang tinggi."                                                                                                                                            
            Dalam usaha untuk mencapai wawasan beliau, beliau memperkenalkan tambang rendah Air Asia kepada rakyat Malaysia dengan slogan "Now everyone can fly", yang bertujuan untuk membuat penerbangan berpatutan agar semua orang boleh terbang. Dia berkebolehan untuk meramalkan bahawa tambang terendah syarikat penerbangan Air Asia akan membuat syarikatnya sebagai  sebuah syarikat penerbangan yang menguntungkan. Hal ini  terbukti oleh Air Asia balik hutang yang dalam masa kurang daripada dua tahun dengan dorongan Fernandes sendiri dan bantuan rakan-rakannya.            
            Syarikat penerbangan Air Asia dengan cepat mencapai keuntungan dalam tempoh dua tahun kerana tambangnya murah, perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Air Asia sekarang telah dipilih sebagai syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia dan belum pernah terjadi sebelumnya, dalam enam tahun berturut-turut (2009-2014).. Pendek kata, Tan Sri Dr Antony Francis Fernandes adalah seorang usahawan yang berpandangan jauh. Pandangan jauh dan visinya telah mengubah Air Asia untuk menjadi perintis syarikat penerbangan tambang murah di Asia dan syarikat penerbangan kos rendah terbesar  dunia.

RUJUKAN :
Shalini, P. (2015, Mac). Introduction to Entrepeneurship. Retrieved Mac 29, 2015, from     http://punesshalini.blogspot.com/2015/03/entrepreneurial-traits-with-example-of.html

Wednesday, April 1, 2015

Usahawan Yang Perseptif



Perseptif membawa maksud cerdas. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,perseptif bermaksud cepat melihat, memahami, atau menyedari sesuatu. Untuk menjadi seorang usahawan, seseorang itu perlulah perseptif. Hal ini demikian kerana, perseptif tergolong dalam ciri-ciri usahawan. Usahawan yang perseptif mempunyai daya pemikiran yang lebih tajam dan cekap membuat keputusan yang tepat. Usahawan yang perseptif juga bijak menangani masalah yang dihadapi.

Akio Morita

Kebanyakan usahawan mempunyai sifat perseptif dalam diri. Sebagai contoh, Akio Morita iaitu pengasas Sony. Akio Morita lahir pada tarikh 26 Januari 1921, di bandar Nagoya, dari sebuah keluarga pembuat sake (bir khas Jepun). Keluarga Morita telah menceburi pembuatan bir sake selama hampir 400 tahun di bandar Tokoname, dekat Nagoya. Di bawah asuhan ketat ayahnya, Kyuzaemon, Akio sedang dipersiapkan untuk menjadi pewaris perniagaan keluarga. Sebagai mahasiswa, Akio sering melibatkan diri dalam mesyuarat syarikat dengan ayahnya dan dia akan membantu perniagaan keluarga walaupun pada cuti sekolah.
Keluarga Morita pada masa itu telah mengenal gaya hidup ala budaya Barat seperti kereta dan fonografi elektrik. Akio mula berminat meleraikan gramofon dan menyusunnya kembali. Dari usia awal, Akio gemar mengusik peralatan elektronik. Setelah lulus dari Sekolah Tinggi, dia memasuki Jabatan Kimia di Osaka Imperial University.Selama waktu itu, Jepun mengalami Perang Pasifik. Pada tahun 1944, Akio, yang telah menjadi Leftenan Tentera Laut selepas lulus dari universiti tahun itu, bertemu dengan Masaru Ibuka dalam Tentera Laut Wartime Research Committee.
Ketika dia kembali ke rumah keluarga di Nagoya selepas perang, Morita diundang untuk bergabung dengan fakulti Tokyo Institute of Technology oleh salah satu profesor. Morita bersiap-siap berangkat ke Tokyo ketika sebuah artikel tentang makmal penyelidikan ditubuhkan oleh Ibuka muncul di sebuah ruang akhbar Asahi disebut, Blue Pensil. Dengan berakhirnya perang, Ibuka telah menubuhkan Institut Penyelidikan Telekomunikasi Tokyo untuk memulakan sebuah awal yang baru. Selepas membaca artikel ini, Morita melawat Ibuka di Tokyo dan mereka memutuskan untuk mendirikan sebuah syarikat baru bersama-sama.
Pada tarikh 7 Mei 1946, Ibuka dan Morita mendirikan Tokyo Tsushin Kogyo KK (Tokyo Telecommunications Engineering Corporation) dengan kira-kira 20 pekerja dan modal awal 190,000 ¥. Pada waktu itu, Ibuka telah berumur 38 tahun dan Morita 25 tahun. Selama perkongsian mereka yang panjang, Ibuka menumpukan teknologi tenaga untuk penyelidikan dan pembangunan produk, sementara Morita berperanan penting dalam memimpin Sony dalam bidang pemasaran, globalisasi, kewangan dan sumber manusia. Morita juga mempelopori Sony masuk ke dalam perniagaan perisian, dan ia menyumbang kepada keseluruhan pengurusan syarikat.
Dorongan syarikat untuk mengembangkan usahanya secara global dilihat dalam keputusan untuk menukar nama syarikat ke Sony pada tahun 1958, suatu keputusan yang tidak diterima dengan baik di dalam atau di luar syarikat kerana Tsushin Tokyo Kogyo sudah dikenal secara luas. Untuk mengatasi pandangan seperti itu, Morita menekankan itu perlu untuk menukar nama syarikat untuk sesuatu yang lebih mudah untuk diucapkan dan diingat, agar untuk berkembang dan meningkatkan kehadiran global. Selain itu, Morita memberikan alasan bahawa suatu hari nanti syarikat boleh berkembang menjadi produk selain elektronik dan nama Tsushin Tokyo Kogyo akan tidak lagi sesuai. Oleh kerana itu, ia menukar namanya menjadi Sony Corporation dan memutuskan untuk menulis 'Nokia' dalam abjad (abjad Jepun yang biasanya digunakan untuk menulis nama-nama asing), sesuatu yang tidak pernah terdengar pada saat itu. Ini menunjukkan bahawa Akio Morita mempunyai sifat perseptif kerana beliau berfikir di luar kotak.
Pada tahun 1960, Sony Corporation of America ditubuhkan di Amerika Syarikat. Morita memutuskan untuk pindah ke AS bersama keluarganya dan memimpin dalam mewujudkan saluran jualan baru untuk syarikat. Dia percaya bahawa Sony harus mengembangkan saluran jualan langsung sendiri, bukan bergantung kepada peniaga tempatan.Banyak produk yang telah dilancarkan sepanjang sejarah Sony dapat dikreditkan untuk Morita kreativiti dan idea-idea inovatif. Idea-idea beliau melahirkan benar-benar baru gaya hidup dan budaya, dan ini terbukti daripada produk-produk tersebut sebagai walkman dan perakam kaset video.
Morita juga menunjukkan kemampuannya untuk melepaskan diri dari pemikiran konvensional di bidang kewangan, apabila Sony mengeluarkan American Depositori Receipts di Amerika Syarikat pada 1961. Ini adalah pertama kalinya bahawa sebuah syarikat Jepun telah menawarkan saham di New York Stock Exchange dan ini membolehkan syarikat untuk meningkatkan modal tidak hanya di Jepun. Sony membuka jalan bagi syarikat-syarikat Jepun untuk meningkatkan modal asing pada saat amalan umum pengurusan Jepun adalah untuk meminjam dana dari bank. Dalam bidang sumber manusia, Morita menulis buku berjudul Never Mind School Records pada 1966.
Apabila Morita menukar nama Tsushin Tokyo Kogyo ke Sony, ini menunjukkan beliau sangat ingin mempelbagaikan operasi Sony di luar perniagaan elektronik. Pada tahun 1968, syarikat memasuki perniagaan software muzik di Jepun dengan mendirikan CBS atau Sony Group Inc bersama-sama dengan CBS, Inc dari US .Kemudian pada tahun 1979, Sony memasuki perniagaan kewangan di Jepun dengan pendirian Sony Prudential Life Insurance Co Ltd, sebuah 50- 50 joint venture dengan The Prudential Life Insurance Co of America. Selanjutnya, Sony diperolehi CBS Records Inc, kumpulan catatan CBS pada tahun 1988. Tahun berikutnya, Sony memperoleh Columbia Pictures Entertainment, Inc, yang membolehkan syarikat untuk menjadi syarikat hiburan yang komprehensif yang mempunyai perisian yang berkualiti baik kandungan dan kekayaan perkakasan.
Antara faktor lain yang boleh menunjukkan sifat perseptif Morita ialah selain menguruskan Sony, Morita aktif dalam membina jambatan budaya antara Jepun dan di luar negeri sebagai Timbalan Ketua Keidanren (Jepun Persekutuan Pertubuhan Ekonomi) dan sebagai ahli dari Jepun-AS Hubungan Ekonomi Group, lebih dikenali sebagai Wise Mens Group. Ia berperanan dalam berusaha untuk mengurangkan geseran perdagangan antara Jepun dan Amerika Syarikat, dan melalui penerbitan karya sastera tersebut sebagai Made in Japan, ia menjadi, salah satu yang paling terkenal di Amerika Syarikat Jepun.
Penghargaan Morita yang pertama diberikan Japan Albert Medal dari Kerajaan Inggeris 's Royal Society of Arts pada tahun 1982. Pada 1984, ia menerima Perintah Nasional Legion Kehormat (Ordre National de la Legion d'Honneur), yang tertinggi dan paling berprestij di Perancis, dan pada tahun 1991, ia dianugerahkan First Class Order of the Sacred Treasure dari HM yang Maharaja Jepun. Di samping itu, Morita menerima pelbagai anugerah dari negara-negara seperti Austria, Belgium, Brazil, Jerman, Sepanyol, Belanda, dan Amerika Syarikat, yang menunjukkan sejauh mana pengiktirafan globalnya.
Keperibadian Akio Morita digambarkan sebagai ceria, dicintai oleh banyak orang. Dia mempunyai banyak teman baik di Jepun dan di luar negeri termasuk individu seperti Kiichi Miyazawa, bekas Perdana Menteri Jepun, Henry Kissinger, bekas Menteri Luar Negeri AS, dan orkestra konduktor seperti Zubin Mehta dan almarhum Herbert von Karajan.

Rujukan :
    Akio Morita (2014). Retrieved 3 27, 2015, from Famous Entrepremeus,    http://www.famousentrepreneurs.com/akio-morita

      Taufik Aditama. Inilah Akio Morita Sang Pendiri Sony. Aug 27, 2014 Retrieved 3 28, 2015, from Studentpreneur http://studentpreneur.co/inilah-akio-morita-sang-pendiri-sony/

Usahawan yang Berintegriti dan Kebolehpercayaan




Maksud berintegriti mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah mempunyai kepercayaan. Untuk menjadi seorang yang dipercayai oleh orang lain, kita perlulah mempunyai kejujuran dalam sebarang bentuk tindakan kita. Justeru, dalam pernigaan usahawan perlulah mempunyai integriti dan kebolehpercayaan dari pengguna. Ini penting kerana sikap jujur seseorang usahawan akan menyebabkan perniagaan serta produk mereka dipercayai oleh orang ramai dan berkembang maju merentasi sempadan. Jika para pengguna telah mempercayai sesuatu produk tersebut pasti mereka akan menggunakannya tanpa berasa was-was dan mengulanginya. Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan dari para pengguna.

Bagi menubuhkan sebuah syarikat yang mendapat tempat dalam hati para pengguna, usahawan perlulah mempunyai prinsip dan azam untuk membangunkan pernigaan yang mempunyai imej penjenamaan yang bersih serta berkualiti. Ini kerana berdasarkan respon dari para pengguna, mereka lebih memilih produk dari syarikat yang mempunyai jenama yang terkenal dan kukuh.


Datuk Yusuf Taiyoob
Antara contoh usahawan yang dipercayai dan berintegriti ialah jutawan Malaysia anak kelahiran Pulau Pinang iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Beliau yang mengusahakan penjualan serta import dan eskport buah kurma amat disegani oleh penggunanya serta pekerjanya. Antara amalan berintegriti beliau adalah  menjual produk yang berkualiti dan dipercayai. Buah-buah ini diimport bermutu dari 30 buah negara. Bagi memastikan kesegaran serta bekalan yang mencukupi beliau pergi sendiri ke negara berkenaan untuk urusan jual beli. Selain itu, beliau juga jujur dalam perniagaan. Buktinya, beliau membelanjakan sebanyak RM 5 juta bagi teknologi sejuk beku dari Amerika untuk tujuan penyimpanan. Teknologi juga boleh mengesan kebocoran gas ammonia. Maka tidak hairanlah produk beliau dipercayai oleh pengguna dan bekembang maju.

Rujukan:

  Kamsari, S. A. (2010, 08 13). Fenomena kurma Yusuf Taiyoob. Retrieved 3 17, 2015, from Utusan Online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2010&dt=0813&sec=Keluarga&pg=ke_01.h

    Zain, H. (2010, 11). Kisah Menarik : Jutawan Kurma Yusuf Taiyoob. Retrieved 3 20, 2015, from http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/kisah-menarik-jutawan-kurma-yusuf-taiyoob.html